Al Quds Travel Sdn Bhd

Pakej Umrah Terus Ke Madinah (MAS)

Makkah jadi bandar raya pintar 6 tahun lagi
MINA, 9 Nov – Gabenor Makkah, Putera Khaled al-Faisal berkata, bandar raya ini akan dibangunkan menjadi bandar raya pintar dengan Masjidil Haram sebagai titik utama dalam tempoh enam tahun akan datang.

“Kami akan melaksanakan semua jenis teknologi moden bagi menjadikan Makkah bandar raya paling pintar berbanding bandar raya pintar lain,” katanya dalam sidang akhbar di Mina semalam.

Beliau mengucapkan tahniah kepada jemaah atas kejayaan menyelesaikan ibadah haji bagi pihak Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Abdullah dan Putera Mahkota Naif.

Khaled turut mengucapkan tahniah kepada Abdullah dan Naif kerana mengerahkan semua sumber pengurusan dan keselamatan untuk menyediakan perkhidmatan kepada jemaah.

Selepas ibadah melontar di Jamrah semalam, kebanyakan jemaah memulakan perjalanan pulang ke Makkah.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Mejar Jeneral Mansour al-Turki berkata, hampir 70 peratus jemaah meninggalkan Mina sebelum matahari terbenam semalam.

Selebihnya akan bermalam di Mina dan kembali ke Makkah selepas hari keempat ibadah melontar, hari ini.

“Fasa kedua pelan keselamatan di Madinah bermula sekarang apabila separuh daripada jemaah akan menuju ke Madinah,” katanya dalam sidang akhbar di Mina. — Harian Metro

Lojing destinasi pelancongan menarik
LOJING, 9 Nov – Jajahan Kecil Lojing yang baru diiktiraf lebih setahun lalu bakal menerima banyak perubahan dan sekali gus akan muncul sebagai destinasi pelancongan menarik setanding dengan Cameron Highlands di Pahang yang berjiran dengannya.

Ini berikutan perubahan itu dapat dilihat dari awalnya penyediaan kemudahan asas seperti bekalan elektrik 24 jam, telefon dan keperluan air bersih yang menjadi sasaran utama pusat pentadbiran jajahan yang terbaru diwujudkan di Hulu Kelantan itu.

Ketua Jajahannya, Nik Abdul Rahman Nik Yusoff berkata, keadaan itu telah jauh berubah berbanding mula-mula dibuka tahun 2007 yang serba kekurangan hingga menyukarkan pelbagai pihak termasuk kaum Orang Asli bagi menikmati kemajuan.

Beliau mengakui apabila hendak membuat sebarang panggilan telefon terpaksa mencari kawasan liputan kemudahan telefon bimbit yang disediakan pihak berkenaan terutama di kawasan sempadan Kelantan/Pahang di Kampung Raja.

“Sekarang kita tidak lagi menghadapi masalah itu apabila pihak terbabit khususnya Telekom Malaysia (TM) menyedia kemudahan tersebut”, katanya pada majlis Pelancaran Peletakan Batu Asas Pusat Latihan Pertanian Orang Asli Di Pos Jedip, dekat sini, semalam.

Pelancaran itu dilakukan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob.

Nik Abdul Rahman berkata, setiap usaha ke arah itu dibuat perancangan secara rapi dan tersusun supaya setiap kampung yang didiami masyarakat Orang Asli mendapat faedah dan sekaligus mengurang jurang perbezaan antara penduduk tinggal di kawasan bandar lain.

Beliau berkata, pihaknya mendapat kerjasama erat dengan pelbagai agensi dan jabatan kerajaan sama ada negeri dan persekutuan yang menganggap tanggungjawab bersama bagi membangunkan jajahan tersebut.

Menurutnya, walau pun terletak jauh di pedalaman Hulu Kelantan, tetapi menjadi laluan utama orang ramai yang hendak ke pusat peranginan Cameron Highlands dan Ipoh, Perak di samping singgah di Lojing untuk melihat keindahan alam semula jadi.

“Kerajaan negeri juga telah mewartakan seluas 400 hektar dekat Pos Brooke sebagai pusat pelancongan kerana mempunyai pelbagai spesies tumbuhan yang jarang terdapat di kawasan lain di Kelantan.

“Ini adalah satu-satukan harta yang kita perlu sama-sama jaga dan peliharakan untuk warisan akan datang berikutan kawsan tersebut cukup indah dan menarik” katanya.

Katanya, di samping itu, sebuah masjid Jajahan Kecil Lojing juga sedang dalam pembinaan membabitkan perbelanjaan RM3.4 juta terletak berhampiran sempadan Kelantan dengan Pahang di Kampung Raja.

“Kita yakin selepas siapnya pembinaan masjid itu nanti ia akan memberi banyak impak ke arah kemajuan Lojing yang muncul sebagai pusat pelancongan tanah tinggi dan pengeluar sayuran terbesar di Kelantan,” katanya. — Sinar Harian

Banjir: Industri pelancongan Thai rugi RM2.4 bilion
BANGKOK, 8 Nov – Industri pelancongan Thailand dianggar mengalami kerugian sehingga AS$825 juta (RM2.4 bilion) dan ‘kehilangan’ 300,000 pelawat asing jika banjir terburuk dalam tempoh lima dekad yang kini mengorbankan 527 nyawa berterusan sehingga bulan depan.

Gabenor Lembaga Pelancongan Thailand (TAT), Suraphon Svetasreni berkata, anggaran itu meliputi AS$387 juta (RM1.1 bilion) dari sektor antarabangsa dan AS$438 juta (RM1.3 bilion) membabitkan pelancongan domestik.

Bagaimanapun katanya, jika banjir dapat diatasi menjelang akhir bulan ini, kerugian dapat dikurangkan kepada AS$520 juta (RM1.5 bilion) dan ketibaan pelawat asing pula hanya menurun 220,000 orang.

“Dari 1 hingga 3 November lalu, jumlah ketibaan di Lapangan Terbang Suvarnabhumi hanya 72,000 orang iaitu penurunan 25 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

“Namun, terdapat faktor lain selain banjir yang menentukan jumlah ketibaan pelancong seperti ekonomi global dan harga bahan api,” katanya.

Beliau juga yakin ketibaan pelancong akan melonjak apabila banjir pulih. Industri pelancongan menyumbang kira-kira enam peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Sementara itu, Menteri Tenaga Thailand, Pichai Naripthaphan berkata, krisis banjir di Bangkok mungkin berterusan sehingga bulan depan.

“Pihak berkuasa juga telah mengeluarkan arahan kepada penduduk di utara Bangkok supaya berpindah manakala banjir kini menghampiri pusat bandar Bangkok,” katanya.

Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra berkata, beliau tidak akan menghadiri sidang kemuncak Kerjasama Asia Pasifik (APEC) di Hawaii minggu ini ekoran krisis banjir di negaranya.

“Saya telah mengarahkan Timbalan Perdana Menteri, Kittirat Na-Ranong sebagai pengganti. Ini adalah masa untuk kita mengharungi krisis banjir secara bersama,” katanya. – BERNAMA/AP/AFP

Khazanah Pulau Jerejak terbiar
Lokasi pelancongan tak dipulihara dipenuhi semak samun, sampah sarap

GEORGETOWN: Pulau Jerejak, sebuah pulau kecil di selatan Pulau Pinang yang terkenal sebagai tempat tahanan penjenayah dan pusat kuarantin pada suatu ketika dulu dan kini menjadi lokasi pelancongan, didapati terbiar.

Beberapa peninggalan sejarah dan khazanah berharga di pulau itu terbiar tanpa penjagaan sehingga dipenuhi oleh semak samun, sekali gus merugikan kerajaan kerana ia boleh dieksploitasi sebagai produk pelancongan.

Apa yang masih ada di pulau itu adalah bangunan penjara, tanah perkuburan Russia, tanah perkuburan pesakit kusta serta tempat simpanan/pusat tahanan bawah tanah (bunker), tetapi itupun terbiar sehingga menyakitkan mata memandang.

Pulau itu mempunyai sejarah tersendiri setelah dijadikan sebuah pusat kuarantin kesihatan untuk pendatang asing sebelum merdeka dan pada akhir 1930-an, hospital kusta dibina di bahagian timur pulau itu.

Tinjauan Berita Harian mendapati laluan masuk di pulau itu rosak akibat kerja pembinaan tangki air di atas bukit sehingga menyukarkan pengunjung untuk ke tempat bersejarah itu.

Berikutan itu, beberapa pihak meminta pihak berkuasa mengambil tindakan segera supaya tempat bersejarah itu menjadi tarikan pelancong.

Kakitangan Jerejak Rainforest Resort, Mohd Faizal Omar, berkata beliau sedih apabila menyaksikan kawasan itu yang menempatkan tempat bersejarah itu terbiar tanpa penjagaan oleh mana-mana pihak.

“Bangunan warden, 500 kubur pesakit kusta dan bangunan penjara dilitupi semak samun, malah jeti utama menunggu masa untuk menyembah bumi,” katanya.

Beliau berkata, laluan utama menghubungkan jeti ke perkubur-an muhibah, jeti dan bangunan penjara yang menentang British, sudah rosak akibat projek pembinaan itu.

Sebelum ini jalan masuk ke tempat itu bertar, namun berikutan pelaksanaan projek pembinaan tangki simpanan air, laluan berkenaan rosak akibat kenderaan berat keluar masuk setiap hari.

“Ini menyebabkan pengunjung terpaksa meredah lecah dan tanah lembik serta air bertakung akibat sistem perparitan tersumbat. Bukan itu saja, banyak sampah sarap dibuang pekerja projek itu ke laut dan kawasan sekitar,” katanya.

Seorang lagi kakitangan resort itu, Norhasnida Mohamad Nayan, berkata jika kawasan itu tidak dijaga, akan hilanglah nilai berharga pulau yang berkeluasan 362 hektar yang kaya dengan sejarah, flora dan fauna.

Katanya, kawasan sekeliling pulau ini termasuk kuarters warden begitu menyedihkan kerana ditumbuhi belukar, malah ada rumah warisan yang sudah rosak kerana kegagalan pihak bertanggung jawab menguruskan kawasan berkenaan.

“Ada pelancong yang terkejut melihat kawasan persekitaran yang tidak terjaga dan dipenuhi belukar. Kami juga malu dengan keadaan persekitaran yang tidak terurus, sedangkan kawasan ini dikunjungi pihak luar,” katanya. — Berita Harian

Banjir di Bangkok berterusan sebulan lagi
Angka korban banjir meningkat 527, Yingluck batal hasrat ke sidang APEC

BANGKOK, 8 Nov – Banjir di Bangkok diramalkan berterusan sebulan lagi dan dilaporkan mula memasuki kawasan Soi Yothin Pattana 3 menuju kediaman Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra berhampiran lebuh raya Ramintra-Ekkamai di daerah Lat Phrao.

Menteri Tenaga Thailand, Pichai Naripthaphan, berkata Bangkok berkemungkinan terus dibanjiri sehingga sebulan tetapi turut meramalkan paras air menurun pada pertengahan bulan depan.

Banjir itu juga memaksa Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra membatalkan kehadiran dalam sidang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Hawaii hujung minggu ini.

Pengumuman berkenaan dibuat ketika angka kematian daripada bencana sejak tiga bulan lalu meningkat kepada 527 orang dan banjir semakin menenggelamkan ibu negara Thailand.

Yingluck yang pertama kali berhadapan dengan krisis menguji kepimpinannya merancang untuk memberi taklimat ringkas kepada pemimpin APEC mengenai krisis berkenaan.

Tetapi, beliau membuat keputusan untuk menghantar timbalannya, Kittirat Na-Ranong yang juga Menteri Perdagangan ke APEC. Yingluck juga akan berbincang dengan Kabinetnya sama ada untuk menghadiri satu perhimpunan pemimpin Asia Tenggara di Bali, minggu depan.

Akhbar The Nation melaporkan, banjir yang kian buruk semalam memaksa lebih ramai penduduk Bangkok berpindah selain turut mengancam terputusnya laluan utama Rama II. Arahan berpindah terbaru dikeluarkan kepada penduduk di Bang Chan di daerah Klong Sam Wa, di Bangkok.

Sehingga kini arahan berpindah membabitkan 15 daripada 50 daerah di Bangkok. Banjir disifatkan amat serius di mana sekurang-kurangnya 12 daerah menyaksikan semua penduduk dinasihatkan meninggalkan kediaman. Bagaimanapun, tidak semua penduduk setuju berpindah.

Gabenor Bangkok, Sukhumbhand Paribatra berkata kira-kira 800,000 penduduk memilih untuk terus tinggal di kediaman mereka yang teruk dilanda banjir.

“Kami cuba membantu mereka dengan menghantar barangan bantuan,” katanya.

Sementara itu, Bangkok Post melaporkan, Pasukan Operasi Bantuan Banjir (FROC) menubuhkan sebuah panel bagi menyiasat dakwaan bahawa bekalan bantuan yang diperuntukkan kepada mangsa banjir terlalu mahal.

Jawatankuasa tujuh ahli dipengerusikan oleh setiausaha sementara perdagangan Yangyong Phuangrach dilantik oleh pengarah FROC, Pracha Promnok yang mahu keputusan diperoleh dalam masa tiga hari.

Siasatan adalah berikutan dakwaan luar biasa selepas aduan melalui media sosial dan parti pembangkang, Parti Demokrat mengenai harga terlalu tinggi bagi beg bantuan yang bernilai 800 baht (RM81) setiap satu.

Kebanyakan penduduk tidak percaya barangan yang kebanyakan adalah makanan dalam tin berharga terlalu tinggi. Beg bantuan bernilai 800 baht itu dikatakan sama kandungannya dengan beg bantuan yang dihasilkan sendiri FROC bernilai 300 baht (RM30) setiap satu.

Yingluck yang bimbang mengenai berita berkenaan berkata, sebarang perbuatan salah tidak sepatutnya berlaku ketika beribu-ribu rakyat Thailand menderita banjir. – Agensi/AFP